Pertama Kali Yani Mencuba Memasak Ikan Terubuk Masin Sarawak Goreng Bawang


Hari ini Yani sempat mengoreng ikan terubuk masin yang diberikan oleh Manager Yani awal tahun ni . Hehehe AWAL TAHUN ini. Nampak sangatkan tak berapa nak reti makan ikan-ikan masin ini especially si terubuk yang sangat popular dikalangan masyarakat Sarawak. Tambahan pula suami Yani kurang gemar ikan masin.

Yani kongsikan resipinya di blog Yani. Resipi Asalnya DISINI. Tapi resipi yang Yani masak ini terlupa la nak perahkan limau nipis. nak cepat punya pasal.

Photo ihsan google kerana Yani seringkali tak sempat nak snap gambar setiap kali beraksi didapur.

Bahan-Bahannya:

  • 1 ekor ikan terbuk masin saiz sederhana (dipotong, tapi Yani tak potong, kekalkan seekor. Ikan direndam air terlebih dahulu untuk mengurangkan masin)
  • 1 labu bawang besar (dimayang bulat)
  • 3 tangkai cili kering (digunting -buang biji, tapi Yani guna Cili Merah segar)
  • Minyak masak untuk menggoreng ikan terubuk masin tersebut.
  • Sedikit hirisan limau

Cara-caranya:

  • Gorengkan ikan terubuk masin tadi sehingga 2/3 masak, angkat dan toskan minyak
  • Menggunakan kuali lain gorengkan bawang besar yang dihiris tadi bersama cili kering hingga wangi & agak kekuningan.
  • Masukkan ikan yang digoreng tadi, balik-balikkan ikan, kemudian angkat dan hidangkan bersama perahan limau keatas ikan tersebut.

Nota: Yani Malas nak cucikan kuali dalam keadaan kuali & minyak masih panas sebab itulah yani menggunakan kuali kedua untuk menumis bawang besar dan cili merah.

Untuk info dan cerita lanjut berkenaan industri ikan terubuk Sarawak Yani kongsikan link DISINI.


Ikan TERUBUK Pasar Satok, Kuching, Sarawak



Proses membungkus Ikan TERUBUK masin

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif, layari: www.nutritionmonthmalaysia.org.my

SHAKLEE THE BEST NATURAL SUPPLEMENT

Makanan Mempengaruhi Kesihatan


YANI ASMAWI - SID999175-CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM-0178133121
Email: soryanict@gmail.com


ANTIAGING SUPPLEMENT

Comments

Popular posts from this blog

SHAKLEE GLA COMPLEX: Testimonial & Consumer Review

Mentimun (Khiyar); Makanan Sunnah dan Petua Putihkan Kulit