Mentimun (Khiyar); Makanan Sunnah dan Petua Putihkan Kulit




Assalamualaikum wbt.
Jumaat Penghulu Segala Hari, 14hb Oktober 2016. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita akan nikmat kesihatan kepada kita semua. Semoga anda semua senantiasa dilimpahi nikmat kesihatan ini agar anda dapat menjalani kehidupan dan ibadah harian dengan lebih baik dari hari ke hari. Kesihatan adalah modal segalanya dalam kehidupan ini. Hari ini, menu special masakan Yani adalah Nasi Lemak KUKUS resipi warisan mak Yani. Dulu sempatlah Yani bantu mak niaga Nasi Lemak kukus. Nasi Lemak Kukus mak Yani sangat digemari ramai orang kampung Yani. Sehinggakan Yani tak cekap atau tak yakin untuk memasak nasi lemak secara biasa.

Di sini Yani akan tulis kembali daripada catatan buku "RAHSIA MAKANAN SUNNAH". Kali ini Yani nak tulis semula tentang khasiat MENTIMUN @ TIMUN ARAB. MENTIMUN sentiasa ada bagi setiap hidangan NASI LEMAK.

Dapatkan naskah anda, buku "RAHSIA MAKANAN SUNNAH":

Berikut ada catatan penuh mengenai MENTIMUN yang diamalkan oleh Rasulullah SAW:

Abdullah bi Jaafar r.a. meriwayatkan bahawa "baginda Rasulullah SAW makan mentimun dengan buah kurma masak". (Riwayat Tarmizi)
Imam Ibnul Qayyim berpendapat bahawa MENTIMUN baik untuk menyejukkan perut yang panas dan melancarkan buang air kecil. Menurut Abu Isa al-Tarmizi: Ianya hadis hasan lagi sahih lagi gharib.
Ketahuilah bahawa TIMUN ARAB dengan BUAH KURMA masak itu samalah seperti makan roti dengan MENTIMUN, maka barangsiapa membiasakan diri dengan makan MENTIMUN dengan KURMA masak boleh membesarkan badan, kerana TIMUN ARAB mempunyai khasiat padanya untuk membesarkan badan, selain itu juga, ianya dapat menghilangkan dahaga, mendatangkan kekuatan tenaga bagi sesiapa yang menghidunya kerana padanya terdapat bau yang harum, selain itu ianya dapat menghilangkan rasa panas badan dan perut ianya tidak mudah busuk dan rosak.

Manakala KURMA itu pula sifatnya panas pada peringkat pertama dan lembab pada peringkat kedua, ianya dapat memberi kehangatan terhadap makanan yang sejuk, tetapi menyebabkan dahaga dan lekas menjadi busuk dan rosak, selain itu ianya boleh mengeruhkan darah dan menyebabkan pening kepala. Begitulah sifat kedua-duanya itu yang mana saling berlawanan antara satu sama lain, yang mana TIMUN itu bersifat sejuk manakala KURMA itu bersifat panas.

Dan mengapakah Nabi memakannya sekali bersama TIMUN dan KURMA adalah disebabkan kedua-duanya bersifat berlawanan, TIMUN itu bersifat sejuk dingin, manakala KURMA itu bersifat panas dan kering oleh sebab imbangan suhu badan akan menjadi seimbang tidaklah terlalu sejuk dan tidaklah terlalu panas. Oleh itu, jika ingin memakan benda sejuk seperti TIMUN hendaklah memakan sesuatu benda yang panas seperti KURMA, MADU, KISMIS dan sebagainya kerana ianya dapat menyeimbangkan kembali suhu badan, sebagaimana yang disebut dalam hadis, Nabi memakannya bersama untuk tujuan tersebut. Kandungan serat dalam TIMUN amat membantu dalam proses pencernaan, menurunkan kolestrol dan meneutralkan racun. Selain itu, biji TIMUN kaya dengan VITAMIN E yang dapat melewatkan proses penuaan serta menghilangkan kedutan pada wajah. 

Video: Manfaat Mentimun untuk Kesihatan Dan Kecantikan


PETUA PUTIHKAN KULIT

Parut isi timun dan campurkan ia bersama perahan setengah biji limau nipis.
Tambahkan bedak sejuk dan sapukan pada wajah setiap malam.
Anda akan dapat merasakan perubahan kulit WAJAH yang lebih PUTIH dan tiada JERAWAT.
Selamat mencuba. (petua diambil daripada fb page Wanita Sihat Ceria.)
Mentimun Dapat Mengurangi Masalah Sembelit. Sumber Gambar


Lagi info mengenai petua putihkan kulit wajah:


Masker MENTIMUN

PETUA ATASI MUAL HAMIL DENGAN JUS MENTIMUN

RESIPI JUS MENTIMUN SPECIAL JUGA SESUAI UNTUK BERBUKA PUASA

RESIPI JUS MENTIMUN PARUT BERSAMA AIR SODA


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai maklumat pemakanan sihat dan gaya hidup yang aktif, layari:www.nutritionmonthmalaysia.org.my

SHAKLEE THE BEST NATURAL SUPPLEMENT

Makanan Mempengaruhi Kesihatan


YANI ASMAWI - SID999175-CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM-0178133121
Email: soryanict@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Pertama Kali Yani Mencuba Memasak Ikan Terubuk Masin Sarawak Goreng Bawang

SHAKLEE GLA COMPLEX: Testimonial & Consumer Review