ANGGUR (AL-'INAB) Makanan SUNNAH dan ANGGUR Muskat (MUSCADINE GRAPE)

Photo by Hirt's Garden Pinterest
Assalamualaikum wbt.
Segala puji bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kepada kita akan nikmat kesihatan kepada kita semua. Semoga anda semua senantiasa dilimpahi nikmat kesihatan ini agar anda dapat menjalani kehidupan dan ibadah harian dengan lebih baik dari hari ke hari. Kesihatan adalah modal segalanya dalam kehidupan ini.

Cuti hujung minggu yang disertai dengan tambahan cuti satu hari sempena Sambutan Tahun Baru Hijrah, 1438H Yani manfaatkan untuk membaca buku "RAHSIA MAKANAN SUNNAH" yang diterbitkan oleh Tibbuna. Tertarik pada Rahsia buah ANGGUR kerana buah ANGGUR besar jenis Anggur Muskat adalah menjadi kandungan utama didalam penghasilan produk hebat SHAKLEE, iaitu VIVIX. Maka kesempatan waktu yang ada Yani tulis (type) semula apa yang terkandung didalam buku tersebut sebagaimana dibawah.

Ayat-Ayat Al-Quran menceritakan tentang buah ANGGUR:

Allah SWT mengulangi kalimah anggur sebanyak beberapa kali di dalam al-Quran sebagai satu nikmat yang seharusnya dimanfaatkan oleh hamba-Nya. Antaranya ialah:
  • "Lalu Kami Tumbuhkan biji padanya. Dan buah ANGGUR dan buah kurma:. (Abasa: 27-28)
  • "Dia yang menurunkan air dari langit. Maka kami tunbuhkan dengan air itu bermacam jenis tumbuh-tumbuhan. Maka kami keluarkan daripadanya daun-daun yang menghijau. Kami keluarkan daripadanya biji-biji yang bersusun-susun. Daripada mayang pohon kurma kami keluarkan buah kurma dengan tangkainya yang berdekatan dan lagi kami tumbuhkan kebun-kebun daripada pokok ANGGUR, zaitun dan delima yang serupa dan tidak serupa. Kamu perhatikanlah buahnya bila ia berbuah dan buahnya yang telah masak. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi golongan yang mahu beriman". (Al-An'am: 99).
  • "Dia tumbuhkan untukmu dengan air itu tanam-tanaman dan pokok zaitun, pokok kurma, pokok ANGGUR, dan bermacam-macam buahan. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir." (An.Nahl:11)
  • "Daripada buah kurma dan buah ANGGUR kamu membuat arak dan juga rezeki yang baik. Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir". (An-Nahl:67)
  • Kami turunkan air daripada langit menurut kadarnya. Lalu kami tempatkan air di muka bumi dan sesungguhnya kami berkuasa untuk menghilangkannya. Lalu dengan air itu kami jadikan untukmu beberapa kebun daripada pokok kurma dan ANGGUR. Di dalamnya (kebun) banyak buah-buahan untuk kamu dan sebahagiannya untuk kamu makan". (Al-Mukminun:18-19)
  • "Dan kami jadikan di atas muka bumi kebun-kebun daripada pokok kurma dan pokok ANGGUR. Dan kami pancarkan di situ mata air. Supaya mereka makan buah-buahannya dan apa-apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Tidakkah mereka ingin berterima kasih kepada Kami?". (Yasin: 34-35)
  • "Sesungguhnya untuk orang-orang yang bertakwa ada tempat kejayaan. Iaitu taman-taman dan kebun-kebun ANGGUR. Dan perawan-perawan yang sebaya (umurnya)." (An-Naba':31-33)
Daripada ayat-ayat di atas, jelas antara tujuan diciptakan pokok ANGGUR ialah selain untuk dimakan buahnya, ia juga untuk memperlihatkan tanda-tanda kekuasaan Allah SWT serta menjadi tanda kesyukuran seorang hamba kepada penciptanya dan menjadi buahan orang yang bertakwa di dalam syurga nanti.

Ibnul Qayyim al-Jauziyah menjelaskan bahawa buah ANGGUR yang paling baik ialah yang besar dan banyak airnya. ANGGUR yang telah dipetik dua atau tiga hari adalah lebih baik berbanding dengan yang baru dipetik. 

Memakan ANGGUR boleh menguatkan badan, memudahkan penghadaman serta mengenyangkan. Beliau menasihatkan agar jangan makan terlalu banyak buah ANGGUR kerana ia ada kaitan dengan sakit kepala. Antara khasiat ANGGUR lagi ialah ia membantu proses memudahkan pencernaan dan ia termasuk dalam kategori buah yang mengenyangkan. Petikan: Buku Rahsia Makanan Sunnah-Tibbuna (muka surat: 69-73)


What is Muscadine Grape?

Muscadine Grape yang bersaiz 20 kali ganda dari saiz anggur biasa.
Muscadine Grape & it AntiOxidant. How Antioxidant effect in slowing aging?

The Amazing MUSCADINE GRAPE makan Sunnah?

ANGGUR Muskat atau MUSCADINE GRAPE  yang digunakan sebagai bahan utama didalam kandungan VIVIX keluaran SHAKLEE mempunyai lebih 1 kromosom berbanding ANGGUR biasa yang lain. Saiznya pula 20 kali ganda berbanding ANGGUR biasa, macam size bola golf! Disebabkan keunikan itulah terkandung manfaat khasiat yang sangat banyak yang ALLAH ciptakan bersama ANGGUR Muskat (Muscadine Grape) ini. Sebagaimana memetik kata-kata Ibnu Qayyim diatas, ANGGUR yang terbaik adalah bersaiz besar & paling banyak airnya. Definisi Muscadine Grape daripada wikipedia DISINI

Ramai yang menyalahkan tafsirkan kenapa SHAKLEE menggunakan ANGGUR di dalam kandungan VIVIX kerana mereka keliru dimana ANGGUR sangat dominan dengan ARAK. Sebagaimana ayat-ayat Al-Quran diatas, sebenarnya ANGGUR sangat banyak disebut di dalam Al-Quran dan ANGGUR adalah sebahagian daripada makanan Ahli Syurga dan juga dikategorikan sebagai makanan SUNNAH. Antara lain kata-kata Ibnu Qayyim yang dipetik: ANGGUR adalah salah satu buah-buahan yang mempunyai banyak khasiat. "ANGGUR adalah salah satu buah dari sekian banyak buah, salah satu makanan bergizi dari sekian banyak makanan bergizi, salah satu ubat dari sekian banyak ubat, atau salah satu minuman dari sekian banyak minuman," ungkap Ibnu Qayyim. (FB Laila Mukhtar)

The Mighty Muscadine Grape

Kulit dan Biji Anggur adalah bahagian yang paling banyak khasiat dan manfaat berbanding isinya.

Makan ANGGUR Buang Biji tak?

Anda makan ANGGUR buang biji tak?
Kulit buang tak?

Sebelum ini saya tak tahu malah bila tergigit biji anggur terasa pahit.
Bila dah tahu rasa sayang sangat, sebab manfaat ANGGUR ni paling banyak dekat kulit dan biji.
Kalau tak ada khasiatnya, masakan orang buat grape seed oil supplement. Benda yang kita buang tu amat berharga tau.

ANGGUR Muskat atau MUSCADINE GRAPE pulak kulit dia sangatlah tebal. Kebanyakkan orang yang makan mentah akan buang kulit dia-sebab keras + tebal sikit.

Tapi kulit yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan.
Biji ANGGUR dan kulit ANGGUR kaya dengan ANTIOKSIDAN yang mana sangat bermanfaat untuk mencegah kanser, kesihatan jantung, mengawal gula dalam darah, elak nyanyuk, anti-aging dan banyak manfaat lain. ANGGUR Muscadine ni merupakan kandungan utama dalam VIVIX.
Sumber: FB Laila Mukhtar 

Perbandingan kandungan Nutrient antara Kulit, Isi dan biji Anggur Muskat (Muscadine Grape)

Makanan Mempengaruhi Kesihatan

YANI ASMAWI - SID999175-CALL/SMS/WHATSAPP/TELEGRAM-0178133121
Email: soryanict@gmail.com




ANTIAGING SUPPLEMENT

Comments

Popular posts from this blog

Pertama Kali Yani Mencuba Memasak Ikan Terubuk Masin Sarawak Goreng Bawang

SHAKLEE GLA COMPLEX: Testimonial & Consumer Review

Mentimun (Khiyar); Makanan Sunnah dan Petua Putihkan Kulit