BEBASKAN DIRI DARI JERAWAT DENGAN VITAMIN DAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Tidak semua orang mempunyai kulit muka yang mulus, gebu dan licin. Masalah jerawat pasti timbul dan ia menjadi perkara biasa terutamanya pada usia remaja dan juga pada orang dewasa.
Teringat akan kisah anak lelaki handsome Yani, Hakimi CK yang baru berusia 13 tahun  kini telah mula muncul jerawat dan blackhead. Namanya anak lelaki yang menjejak alam remaja. Namun si mamanya ini sepertinya tidak dapat menerima akan keadaan ini. Ialahkan sayang sangat-sangat melihat kulit wajah anak yang putih bersih (flawless) dihinggapi jerawat dan blackhead.


Hakimi CK bersama dua adiknya beriadah di Pantai Batu Hitam, 05 August 2016

Hakimi CK, berkaca mata berdiri ditengah-tengah pada barisan tengah mengadakan persembahan quoir mewakili tingkatan 1 Brilliant, Sekolah Menengah Chukai, Kemaman, bagi sesi persekolahan 2016.

Berbalik kepada cerita JERAWAT; merupakan inflamasi kronik yang berlaku pada kalenjar minyak. Ia berlaku kerana ketidakseimbangan antara pengeluaran minyak dan sekresi kulit. Sekresi adalah proses pengeluaran zat oleh kelenjar yang masih digunakan didalam tubuh. Zat yang dihasilkan berbentuk lendir (enzim dan hormon oleh sel dan kelenjar). Lihat diSINIMinyak dalam kelenjar minyak berlebihan berkumpul menyebabkan penyumbatan minyak dan bergabung dengan bakteria sehingga berlaku inflamasi kulit.

Beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya jerawat adalah:

HORMON:
Hormon androgen meningkat terutamanya semasa remaja. Pengeluaran minyak berlebihan mengakibatkan tumbuhnya jerawat.

KOSMETIK:
Tidak semua produk kosmetik sesuai untuk kulit muka anda. Bagi yang mempunyai kulit berminyak, anda dinasihatkan untuk menggunakan kosmetik berasaskan air.

KELEMBAPAN:
Cuaca yang panas dan lembap juga boleh menyebabkan jerawat.

TEKANAN:
Apabila anda stress, badan anda akan menghasilkan hormon corticotrophin yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.

GENETIK:
Anda yang mempunyai jerawat berkemungkinan mewarisinya dari ibubapa yang mempunyai masalah jerawat.

UBAT:
Pengambilan ubat yang mengandungi kortikosteroid yang menggalakkan pertumbuhan jerawat.

Apa yang berlaku kepada Hakimi CK berkemungkinan kerana perubahan hormon serta faktor pemakanan yang kurang seimbang dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
Hakimi tidak gemar memakan sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta buah-buahan. Lebih berselera dengan fast-food; sosej, nugget, burger, ayam goreng, makanan bergoreng seperti mee goreng, kue-teo, bihun dan seumpamanya.

Selain itu, kerana faktor Genetik, kemungkinan besar ianya diwarisi oleh abahnya, Asmawi CK.
Abahnya, serta  adik beradik ayahnya menghadapi masalah jerawat yang serius ketika remaja mereka.
Kesemua mereka memiliki tona kulit yang sama selepas fasa berjerawat hilang malah meninggalkan kesan parut yang dalam. Mamanya turut memiliki jerawat ketika remaja tapi tak seriuslah.

Abah Hakimi CK; Asmawi CK yang berjerawat suatu ketika dahulu.
Sepanjang sesi persekolahan, Hakimi tidak menghadapi jerawat kerana setiap hari sebelum ke sekolah, dia lebih suka memilih ESP iaitu Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour sebagai sarapan segera sebelum mengayuh basikal ke sekolah. ESP cukup untuk Hakimi bertahan sehingga waktu rehat. Bersama-sama ESP, Hakimi turut mengambil sebiji Sustained Release Vitamin C Plus, 3 biji lecithin dan sebiji Vitamin B-complex setiap hari. Dengan konsisten pengambilan ESP dan vitamin-vitamin tersebut, maka dia tak mengalami masalah jerawat.

Masalah jerawat ini muncul sepanjang cuti persekolahan ini kerana dia langsung tak mengambil vitamin-vitamin serta ESP sebagaimana sesi persekolahan. Mamanya tak menyediakan dan terus ke tempat kerja tanpa menyediakan untuk si anak. (mama biarkan anak menyambung tidur semula selepas solat subuh hehehe). Tambahan pula, mamanya tak mendesak sianak memakan sayuran. Beliau hanya makan nasi + lauk sahaja. Tanpa SUPPLEMENT dan VITAMIN yang cukup, kulit dan imun sistem tidak mampu bertahan dan kekal sihat.

Penting sangat-sangat kepada kita semua memastikan tubuh badan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang serta lengkap dengan nutrient atau nutrisi yang sepatutnya diperlukan oleh tubuh badan. Rutin harian kita ketika ini memang tak mampu untuk memastikan kita dapat nutrient lengkap hanya daripada portion makanan yang dimakan setiap hari. Hanya boleh dapat dengan mengambil supplement dan vitamin secara langsung seperti mengamalkan supplement dan vitamin SHAKLEE.

Antara Supplement dan Vitamin yang dicadangkan untuk mengatasi atau mencegah masalah jerawat samada jerawat biasa dan jerawat kronik resdung.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder with Vanilla Flavour bertindak menghasilkan sel-sel baru bagi kulit. ESP amat berkesan untuk merawat kulit yang rosak akibat jerawat. Menghilangkan parut jerawat.
Saya memberikan anak saya Hakimi CK ESP sebagai pembekal tenaga. ESP membekal tenaga dengan segera, menguatkan tulang, meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan serta membaiki dan meningkatkan Memori anakanda Hakimi yang kini berada di tingkatan satu sekolah menengah premier.

Sustained Release Vita-C Plus bertindak sebagai antioksidan & menghasilkan sintesis kologen. Ia menghalang kotoran luaran seperti pencemaran & toksin yang menyebabkan jerawat. 
Vitamin C sangat penting untuk Hakimi menjaga salur darah, sebagai antioksidan dan membantu meningkatkan antibodi atau sistem Imun agar dia mampu kekal sihat disepanjang sesi persekolahan.

GLA Complex mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak terutama semasa kedatangan haid. 
Saya berikan Hakimi mengambil GLA Complex sebelum ke sekolah adalah kerana GLA Complex sangat membantu dalam meningkatkan tumpuan kepada pelajaran yang sedang diajar guru-guru. Jika anda mempunyai anak-anak autism sangat digalakkan untuk berikan mereka supplement GLA Complex ini.

Anda juga boleh memperolehi maklumat mengenai SET JERAWAT SHAKLEE di KEDAI SUPLEMEN CHE KU



Comments

Popular posts from this blog

Pertama Kali Yani Mencuba Memasak Ikan Terubuk Masin Sarawak Goreng Bawang

SHAKLEE GLA COMPLEX: Testimonial & Consumer Review

Mentimun (Khiyar); Makanan Sunnah dan Petua Putihkan Kulit